Thursday 11 August 2011

'Contest-Saya Seorang Muslimah'

Bismillahirrahmanirrahim' dan 'Assalamualaikum'
tokoh yg saya kagumi

  • fatimah az-zahra
  • saidatina aisyah R.A
kuntuman ros berwarna warni,
indah mekar berseri-seri,
sudah lama bookmark contest ni,
baru kini menyertakan diri.

beli makanan dimalam hari,
lalu dimakan bersama rakan,
ada sebab join contest ni,
dalam pantun saya jelaskan.

maaf bermaafan di aidilfitri,
ziarah menziarahi rumah ke rumah,
hati tertarik terus buat entri,
memeriahkan contest merapatkan ukhuwah.

bulan ramadhan bulan diberkati,
mari banyakkan amal ibadah,
sangat excited nak join contest ni,
sebab contestant semuanya muslimah.

berbuat baik bertolak ansur,
perlu diterapkan dikalangan belia,
terkejut melihat profile penganjur,
rupanya kaum adam berhati mulia.

laman dihias sungguh berseri,
dipagar dengan puluhan pelita,
sungguh berbangga dihati ini
lihat kaum adam menghargai wanita.

gadis anggun cantik bergaya,
itulah dia syafika namanya,
hadiah best tersangatlah suka,
mestilah saya nak dapatkannya.

pak abu suka minum teh tarik,
sering minum dikedai kawannya,
hadiah-hadiah sangat menarik,
beruntunglah saya jika memenanginya.

disini sahaja bicara saya,
bicara berpantun karya sendiri
terima kasih sudi membaca,
semua sebab dalm pantun ini.

huhuhu..berpantun la saya pulak yer..
sape2 yg berminat jom join ..klik banner kat atas tu @ klik sini
Syarat-syaratnya yang cukup mudah :-

1) Create a new post/entri yang bertajuk ''Contest-Saya Seorang Muslimah''

2) Dalam post/entri tu,mesti ...
2.1-bermula dengan 'Bismillahirrahmanirrahim' dan 'Assalamualaikum'
2.2-sebutkan sahaja 2 tokoh muslimat yang anda kagumi
cth : Ustazah Bahyah & Datin Rosmah.
Asiah(isteri firaun) & Siti Khadijah.
Ustazah Mayitah & Prof Muhayya.
*satu dunia boleh,telah meninggal boleh,zaman bila-bila pun boleh*
*tidak perlu tulis tentang tokoh tersebut*
2.3-masukkan gambar contest seperti yang di atas.
**2.4-ceritakan kenapa anda ingin menyertai contest ini.
minimum 50 patah perkataan dan maksimum 1000 patah perkataan.**
2.5-masukkan maklumat (syarat-syarat dan hadiah) contest nih.
2.6-masukkan link contest nih.

2) Follow blog penganjur *bagi orang yang belum follow lagi*.

3) Tinggalkan link blog korang tentang contest nih di ruang komen dilink penganjur

----hadiah----

1st- Blog Header,Bloglist(4 bulan),Sehelai Telekung(khas dari Bandung,Indonesia),Ana follow blog anda.
2nd- Blog Header,Bloglist(3 bulan),Ana follow blog anda.
3rd- Bloglist(2 bulan),Ana follow blog anda.

Contest berlangsung dari 9 Rejab 1432H(11 Jun 2011) sehingga 19 Ramadhan 1432H(19 Ogos 2011).
**Pemenang dikira berdasarkan alasan yang menarik dan bersesuaian dengan tajuk contest.
Keputusan akan diumumkan beberapa hari selepas contest tamat.

p/s: maafkan saya yer penganjur..xde follower lagi..maklumlah baru lagi but blog ni..kemungkinan besar xde sape yg bace entry ni..maaf yer..^__^

1 comment: